Farmasi

Objektif

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang cekap dan menyampaikan maklumat ubat yang betul kepada pasukan penjagaan kesihatan dan pesakit-pesakit.

IMG_5431

Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan farmaseutikal yang komprehensif bagi memenuhi objektif hospital. Jabatan Farmasi ini terdiri daripada farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan juga dispensari.

Selaras dengan objektif jabatan untuk mencapai ralat sifar (zero error) pendispensan di farmasi, kakitangan farmasi akan menyemak preskripsi pesakit sebelum memberi ubat kepada pesakit.