Perkhidmatan Pakar

Bius

Jabatan Anestesiologi dalam Pusat Perubatan Anson Bay adalah khusus untuk melegakan kesakitan dan menggunaan bius semasa pembedahan dan prosedur perubatan yang lain.

Perubatan Dalaman

Jabatan Perubatan Dalaman khusus dalam rawatan terhadap pelbagai penyakit yang tidak melibatkan pembedahan. Doktor kami mempunyai latihan pratikal yang menyeluruh dalam Perubatan Dalaman. Doktor kami juga membekalkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan premium, dan kemas kini kes pesakit dari masa ke semasa.

Pembedahan Am

Jabatan Pembedahan Am dalam Pusat Perubatan Anson Bay menyediakan pelbagai perkhidmatan pembedahan. Kami menyediakan perkhidmatan pembedahan termasuk pembedahan payudara, pembedahan tiroid, dan pembedahan laparoskopi。 Selain itu, pembedahan endoskopi dan pembedahan kecil juga ditawarkan di Pusat Perubatan Anson Bay.

Sakit Puan & Perbidanan

Jabatan Sakit Puan dan Perbidanan adalah jabatan klinikal yang menyediakan penyiasatan, rawatan dan perkhidmatan kecemasan untuk pelbagai jenis kes Sakit Puan dan Perbidanan termasuk gangguan haid, fibroid, endometriosis, kemandulan dan kanser. Kami juga menawarkan pembedahan termasuk histerektomi, cystectomies dua hala, salphingectomy, histerektomi perut, histerektomi faraj, cystectomy ovari dan oophorectmy, myomectomy, cerclage pangkal rahim, prosedur laparoskopi seperti diagnostik laparoskopi , cytectomy, salphingectomy, salphingo oophorectomy, histerektomi (TLH), dan tiub ligations .

Pembedahan Tulang

Jabatan Ortopedik adalah khusus dalam merawat bahagian tubuh badan tertentu, seperti tangan, pergelangan kaki, tulang, tulang belakang, sendi, otot atau sistem muskuloskeletal lain. Kami menyediakan operasi ortopedik termasuk pembaikan keretakan tulang, penggantian sendi, laminectomy, chondroplasty, dan pembedahan debridement. Kami juga menyediakan perkhidmatan pemulihan melalui fisioterapi untuk membantu pesakit kembali kepada gaya hidup yang aktif secepat mungkin.

Pediatrik (Kanak-kanak)

Pusat Perubatan Anson Bay telah menyediakan rawatan pediatrik yang khusus dalam bayi, kanak-kanak dan orang muda. Kami juga mementingkan isu-isu kesihatan, penyakit dan gangguan terhadap peringkat pertumbuhan.

Radiologi

Jabatan Radiologi dalam Pusat Perubatan Anson Bay adalah penyiasiatan khusus yang menggunakan penggunaan pengimejan untuk mendiagnosis dan merawat penyakit dalam badan melalui pengambaran. Pakar Radiologi kami menggunakan pelbagai teknologi pengimejan seperti sinar-X, ultrasound, mamogram, CT scan, dan pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.