Pengimejan

Objektif

Menyediakan perkhidmatan yang selamat, cekap dan optimum melalui penyelarasan dengan jabatan dan perkhidmatan lain.

MRI

MRI adalah Pengimejan Resonans Magnetik yang menggunakan lapangan dan gelombang radio magnetik. Ia menghasilkan imej organ-organ dan tisu di dalam badan seseorang dengan lebih terperinci. Tidak seperti sinar-X dan tomografi berkomputer (Ct Scan) , MRI adalah kaedah pengimejan bukan invasif yang selamat dan tidak melibatkan radiasi X-ray.
Untuk pemeriksaan MRI:
Jika anda mempunyai mana- mana alat yang tersenarai di bawah ini pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau juru X Ray yang bertugas

  • Perentak jantung
  • Injap jantung tiruan
  • Neuro-stimulator
  • Klip logam yang digunakan dalam pembedahan otak
  • Alat bantuan pendengaran yang diimplan
  • Implan logam
  • Serpihan logam dalam badan
  • Serpihan logam di mata
  • Alat pencegahan kehamilan (IUCD)
  • Claustrophobia (Trauma pada tempat dan kawasan sempit)
IMG_7664

Mamografi

Mamografi adalah pemeriksaan payudara dengan menggunakan sinar x (x-ray ). Mamografi merupakan salah satu kaedah pemeriksaan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal.

IMG_7733

CT Scan

Ct Scan adalah prosedur sinar-X yang menggabungkan banyak imej X-ray dengan bantuan komputer untuk menghasilkan imej pandangan keratan rentas dan jika perlu imej tiga dimensi organ-organ dalaman dan struktur badan.

Antara Pemeriksaan Yang Kami Jalankan :

  • Abdomen/ Pelvis
  • Sinuses
  • Chest
  • Temporal Bones
  • Head/Soft Tissue Orbits
  • Head/ Brain
  • Spine – Cervical, Thoracic dan Lumbar
IMG_7705

Ultrasound

Ultrasound (sonografi) adalah prosedur yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar organ dalaman. Gelombang bunyi yang terpantul (gema) direkodkan dan dipaparkan sebagai imej visual. Kerana imej ultrasound dirakam secara langsung dan boleh menunjukkan pergerakan, seperti aliran darah, denyutan jantung dan pergerakan bayi.
Antara Pemeriksaan Yang Kami Jalankan :

  • Abdomen & Pelvis
  • Aorta
  • Breast
  • DVT Study
  • Scrotal
  • Appendix
  • Thyroid
  • Obstetrics
  • Renal
DSC08148

Arahan Untuk X-Ray Khas / Pemeriksaan Ultrasound

Intravenous Urogram -IVU (Intravenous Pyelogram -IVP)

  • Diet residu rendah
  • Berpuasa sekurang-kurangnya 6jam sebelum pemeriksaan kecuali kontraindikasi klinikal, seperti kegagalan buah pinggang, multiple myeloma
  • 3 biji ubat Dulcolax waktu malam sebelum pemeriksaan. Supositori Dulcolax pada pagi pemeriksaan.

Ultrasound bahagian atas Abdomen (Hati /Hempedu / Pankreas)

  • Berpuasa untuk 6jam sebelum pemeriksaan. Air glukosa dibenarkan jika perlu.

Ultrasound bahagian Pelvis

  • Jangan kosongkan pundi kencing sebelum pemeriksaan.

X-Ray

X-ray adalah cara yang paling cepat dan paling mudah untuk melihat paru-paru, patah tulang, sendi atau kecederaan tulang belakang.

Antara Pemeriksaan Yang Kami Jalankan :

  • Chest X- Ray
  • Skull
  • Spine
  • Pelvis
  • Upper Extremities (shoulder, hand, wrist, elbow, forearm & etc.)
  • Lower Extremities (foot, ankle, knee, tibia fibula & etc.)
IMG_7726

Surcaj panggilan akan dikenakan untuk semua perkhidmatan pengimejan yang dilakukan selepas 5:30pm pada hari bekerja, selepas 1.00pm pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.