Pemeriksaan Kesihatan

IMG_5513

KEPUTUSAN PENYIASIATAN PERUBATAN MENUNJUKKAN TAHAP KESIHATAN ANDA

Kami percaya bahawa kekerapan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapat nasihat perubatan yang tepat akan membantu anda menjaga kesihatan. Kami akan membantu anda untuk mengurangkan risiko kesihatan anda sebelum ia memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup anda.

Apa yang hendak dibawa? (jika diperlukan)

  • Surat Jaminan daripada syarikat anda
  • Kad Pengenalan
  • Pasport (Untuk pesakit asing atau antarabangsa)
  • Filem Sinar-X dan Laporan (jika ada)
  • Keputusan Ujian Makmal (jika ada)
  • Ubat-ubatan Semasa atau Laporan Perubatan (jika ada)

 

Nasihat Umum

  • Sila hubungi 05-623 2999 (sambungan 101) untuk membuat temu janji satu (1) atau dua (2) hari sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.
  • Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan (8) jam sebelum datang untuk mendapat keputusan yang lebih tepat.
  • Sila memberitahu staf kami semasa pendaftaran jika anda sedang mendapat sebarang rawatan perubatan atau memerlukan rawatan perubatan khas.

Untuk Wanita

  • Untuk mendapat keputusan yang lebih tepat, anda dinasihat menjalankan pemeriksaan kesihatan anda stau (1) minggu atau sepuluh (10) hari atau selepas kadatangan haid terutamanya jikalau anda hendak menjalankan ujian Pap Smear atau Mamogram.
  • Sila beritahu doktor jika anda hamil kerana sesetengah ujian mungkin menjejaskan kandungan anda.

Mamogram

  • Sila membawa sekali filem Mamogram / CD dan laporan anda (jika ada).
  • Sila elak menggunakan minyak wangi, talcum, atau deodorant (pada payudara atau ketiak) sebelum pemeriksaan Mamogram.