Hemodialisis

Objective

Unit Hemodialisis Pusat Perubatan Anson Bay dilengkapi dengan peralatan yang paling moden dan canggih seperti kerusi mekanikal, sistem penggera audio dan visual untuk memastikan rawatan hemodialisis dijalankan dalam keadaan dan suasana yang selamat dan selesa. Setiap sesi hemodialisis akan dikendalikan oleh jururawat yang berpengalaman dan dipantau oleh pakar nefrologi.

Unit Hemodialisis Pusat Perubatan Anson Bay mempunyai sistem penapisan air berbalik “reverse osmosis” yang moden dan memenuhi piawaian AAMI (Association for Advancement of Medical Instrument).

Haemodialysis

Jenis-jenis rawatan hemodialisis yang disediakan di Unit Hemodialisis Pusat Perubatan Anson Bay:

  1. Hemodialisis acut
  2. Hemodialisis bikarbonat
  3. Hemodialisis kecemasan

 

Jadual rawatan hemodialisis:
Hari Isnin sampai hari Sabtu – 7 pagi sampai 5.30 petang (untuk pesakit luar).
Dalam panggilan (on-call) – untuk pesakit dalam.

*** kami juga menawarkan perkhidmatan hemodialisis kepada pesakit yang pulang ke kampung atau datang bercuti di Teluk Intan. Pesakit boleh menghubungi Unit Hemodialisis Pusat Perubatan Anson Bay untuk membuat temujanji hemodialisis atau menetapkan jadual dialisis agar rawatan hemodialisis semasa cuti tidak tergendala.