Aktiviti Tanggungjawab Sosial 2016

By admin | Events | No Comments

Pusat Perubatan Anson Bay berkeinginan untuk menjadi warga korporat yang berdedikasi dalam aktiviti sosial dan melahirkan nilai-nilai yang unggul dan mampan buat semua lapisan masyarakat.
Kami menumpukan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk masyarakat. Kami bukan sahaja memastikan program-program kami adalah program yang berfaedah bahkan kami juga akan pastikan program-program tersebut membawa manfaat dan berkaitan kepada masyarakat.
Pusat Perubatan Anson Bay telah menjalankan beberapa aktiviti sosial sepanjang tahun 2016. Kami telah membuat kunjungan ke beberapa buah rumah anak-anak yatim di sekitar Petaling Jaya dan Kepong sambil menyumbangkan sebahagian keperluan kepada mereka.