“Makan Sihat, Kekal Sihat”

Perkhidmatan Dietetik

Objektif

Menyediakan perkhidmatan penjagaan pemakanan yang selamat dan optimum untuk pesakit, kakitangan dan orang awam.

IMG_7927

Pengenalan

Pusat Perubatan Anson Bay dengan bangganya menawarkan anda perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar yang diberikan oleh pakar diet kami yang berkelayakan untuk membantu anda dalam menguruskan keperluan pemakanan anda.

 

Makanan dan zat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Dengan mempunyai gambaran yang jelas mengenai apa yang anda perlu makan terutamanya semasa menghidapi penyakit atau menghadapi masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan dapat membantu anda:-

  • Pulih dengan lebih cepat daripada panyakit
  • Mempunyai kawalan yang berkesan terhadap masalah kesihatan yang dihidapi
  • Mengurangkan kebergantungan kepada ubat pada fasa awal
  • Mencegah atau melambatkan risiko komplikasi
  • Meningkatkan kualiti hidup anda

 

Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Pakar Diet Kami

Sekiranya anda menghidapi salah satu daripada yang tertulis di bawah, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar diet kami:-

 

  • Kanser
  • Obesiti Kanak-kanak
  • Penyakit Kencing Manis (Jenis 1 & Jenis 2)
  • Kegagalan Pertumbuhan Kanak-kanak
  • Penyakit Kencing Manis Semasa Mengandung
  • Gout
  • Penyakit Jantung
  • Pemakanan Sihat
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Tinggi Kolesterol atau Trigliserida
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Dialisis
  • Osteoporosis
  • Cerewet Makan Kanak-kanak
  • Mengandung / Laktasi
  • Strok
  • Pengurusan Berat Badan
  • Diet Cerai Susu Untuk Bayi
  • Pemakanan Melalui Tiub Di Rumah
  • Lain-lain

 

Apakah Yang Anda Akan Dapat

Buku kecil pendidikan yang berwarna-warni, padat dengan maklumat dan senang difahami yang disediakan oleh pakar diet kami untuk dibawa balik rumah sebagai rujukan.

 

Klinik pakar diet kami dilengkapi dengan piramid makanan tiga dimensi dan makanan replika untuk pembelajaran visual yang berkesan.

 

Buat Temu Janji

Anda boleh mendapat surat rujukan dari doktor atau anda boleh terus rujuk kepada pakar diet kami.