Perkhidmatan Ambulans

Ambulance

Perkhidmatan Ambulans di Pusat Perubatan Anson Bay (ABMC) menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk orang ramai di Teluk Intan, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Ambulans kami dikendalikan oleh kakitangan mahir yang terlatih dalam “Basic Life Support” dalam memberikan bantuan dan rawatan kecemasan kepada pesakit di lokasi. Ambulans kami dilengkapi dengan :

  • Automated External Defibrillator AED
  • Suction mudah alih
  • Gas Oksigen
  • Dinamap

Perkhidmatan kami termasuk :

  • Mengambil pesakit dari rumah ke ABMC
  • Pengangkutan pesakit discaj dari ABMC ke rumah
  • Memindahkan pesakit dari mana-mana hospital lain ke ABMC
  • Memindahkan pesakit dalam kes-kes kecemasan dari ABMC ke hospital lain
  • Mengambil pesakit dari lapangan terbang ke ABMC
  • Sentiasa bersedia untuk menerima panggilan kecemasan untuk dibawa ke ABMC

Jika anda mempunyai sebarang kecemasan, sila hubungi PERKHIDMATAN AMBULANS kami di 05-623 2998 PADA BILA-BILA MASA. Ia akan menjadi keutamaan kami dalam membantu anda.